Pembuat Pakaian Wanita

Pembuat Pakaian Wanita

   

Pengenalan

Program ini akan mendedahkan pelatih dengan reka bentuk fesyen yang moden, tradisional dan kontemporari. Latihan praktikal yang bersesuaian dengan perkembangan fesyen semasa diberikan kepada setiap pelatih bagi memenuhi peredaran dunia fesyen. Malah teknik penggunaan mesin jahit , menjahit dan memotong diperluaskan kepada pelajar supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.

 

Objektif Program

Pelatih akan dapat: 

·        Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita;

·         Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai  teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2020;   

·         Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara. 

 

Ringkasan Program

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

·         Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian wanita, jahitan vest, jaket, blouse, baju kebaya dan baju kurung. 

 

Syarat Kemasukan

·         Berumur 17 – 30  tahun

·         Mempunyai kemahiran 3M ( Membaca, Menulis dan Mengira )

Tempoh Pengajian

 ·         Tahap 1 – 6 Bulan

·         Tahap 2 – 6 Bulan 

Struktur Program

·         Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh JPK. 

·         Tadbir keterampilan diri

·         Praktik ciri-ciri keselamatan

·         Kendali peralatan jahitan

·         Kendali bahan-bahan pakaian

·         Ukur ,kenal fesyen dan anggar bahan

·         Buat pola

·         Gunting,potong pakaian

·         Buat pakaian

·         Hias pakaian

·         Reka/cipta fesyen

Prospek Kerjaya

·         Tukang pattern dan pemotongan pakaian

·         Pembuat pakaian di kedai jahit

·         Usahawan dalam jahitan seperti membuka butik

·         Tenaga pengajar