Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

wje Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat menjalankan program-program akademik, kemahiran dan pembangunan serta pembentukan sahsiah diri, sejajar dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang ke atas Daerah Maran sebagai Bandar Ilmu.
 wje2 Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan pada 1998 dan mula beroperasi pada 19 Julai 1999, sebuah IPTS yang berfungsi sebagai pusat akademik, latihan kemahiran dan pengurusan di Bandar Jengka, Pahang selaras dengan usaha Kerajaan meningkatkan kuantiti serta kualiti IPTS di kawasan luar bandar.
 wje3 Berdasarkan keperluan dan kepentingan pendidikan di peringkat lebih tinggi, Kolej Sentral menawarkan program akademik dan program vokasional di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (pengiktirafan JPK); Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.